BabB|e|iCiOUs

A message to myself..that's exactly what this is.. My own little niche in life..

Friday, July 29, 2005

Ayat Kursi..

SEJARAH AYAT KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan
iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit
menulis
serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah
atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan kemudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin
Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan
dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,
dinaikkan
darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan
menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali
lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah
akan
mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu
pengetahuan.


Untuk amalan kita semua.....


Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.
bersabda
bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku
yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan
sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan
dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai
dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.


Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Ku rsi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.


Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekatpencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika
dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah
ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah
anda
membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat
Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang
siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.


Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.
a.,
Rasullullah s. a. w. bersabda,


" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home