BabB|e|iCiOUs

A message to myself..that's exactly what this is.. My own little niche in life..

Tuesday, August 05, 2003

Sebenarnya hati ini cinta kepadamu,
Sebenarnya diri ini rindu kepadamu,
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir,
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga.

Sesungguhnya walaupun ku kutip semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walaupun ku siram dengan air hujan dari 7 langitmu,
Namun cinta tak 'kan hadir,
Namun rindu tak akan berbunga.

Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadamu,
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna, tiada seri,
Ku cuba menyiramnya, agar tumbuh dan berbunga,
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar trelaga Khausar,

Sesungguhnya walaupun ku kutip semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walaupun ku siram dengan air hujan dari 7 langitmu,
Namun cinta tak 'kan hadir,
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatmu
Jika tidak menagih simpati padamu Ya Allah

Tuhan, hadiahkan kasihmu kepadaku,
Tuhan, kurniakan rinduku kepadamu,
Mogaku tahu syukurku adalah milikmu.

~ Sesungguhnya - Raihan

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home