BIDAAH..
I was taking a break from my hectic studies and I went to the Persisma (Persatuan Siswa/Siswasah Malaysia) website, someone highlighted that gathering to read the yaasin in hope that Allah would grant our hajat is bidaah. This is the first time I had heard of such a statement, and I felt that I don't have enough knowledge to say anything on this subject. My general thought is that we are encouraged to read the Quran, and since yaasin is part of the Quran, we are encouraged to read yaasin.. regardless of what day or what time of the day we read it in.. and why does it matter if we read it alone or in a group? I don't see any thing negative that would come out of gathering on a Friday night after maghrib to read the Quran together.. If we have a hajat or a doa, we are encouraged to seek it from Allah.. for He is the One and only who has the power to will anything that He wishes.. With that in mind, I realise that I am in no position to say what is right and what is wrong on a topic that I am struggling to understand.. I don't want to just accept the statement without examining its authenticity, so I searched for more information on this topic. I urge anyone who knows anything on this topic to please enlighten me, so that it doesn't just float on my mind and gets blown in the wind...I hope that I am not stuck somewhere in a cloud of misconceptions.. "Ya Allah, please guide me back to your righteous path".. I am amazed that there are more stuff that is considered bidaah that I have no knowledge of. On some sites that I looked at they were quite firm in their belief that it is considered kufur if we do something bidaah, then there's also sites that say that there are bidaah hasanah (good), and bidaah dhalalah (bad).. and that there's actually nothing wrong in practicing bidaah hasanah..
"I'tiqad atau pegangan hati yang bidaah dan salah lagi kufur jika diamalkannya. Ianya banyak didapati pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya. Kesesatan mereka itu amat banyak"
I found this from a source from Brunei, his/her language is not fully Malay but I think my fellow Malaysians would still be able to understand it:
Bidaah ada 2 jenis: Bidaah adalah perkataan arab yang membawa maksud MENGADA-ADAKAN SUATU PERKARA YANG TIADA (DALAM ISLAM). Inda semua perkara bidaah atu sesat. Ada jua bidaah yang baik. Sebagai contohnya ialah berkenaan dengan solat Terawih. Terawih ani dalam bahasa melayu bermaksud "berehat-rehat". Pada zaman rasul dulu orang sembahyang terawih akan berhenti sebentar berehat-rehat pada setiap 4 rakaat. Tapi zaman sekarang dibuat terus tanpa henti. Sembahyang terawih ani pada asalnya dibuat oleh Rasulullah secara berseorangan, bukan berjemaah. Kisahnya lebih kurang seperti berikut. Pada malam pertama Nabi sembahyang terawih dimasjid berseorangan dan dilihat oleh sahabat tanpa diikut. Pada malam kedua Nabi solat lagi dimasjid tapi kali ini diikut oleh sahabat. Pada malam ketiga Nabi inda datang solat terawih dimasjid. Pada malam keempat, Nabi solat terawih dengan diikut (makmum) oleh sahabat. Lalu sahabat bertanya, kenapa baginda inda datang pada malam ketiga ?. Dijawab Nabi, baginda takut solat terawih atu nanti diwajibkan oleh Allah swt kepada umatnya. Begitu kasihnya baginda sampai inda mau menyusahkan umatnya. Tahukah anda berapa rakaat Nabi solat terawih ?. Tidak lebih dari 8 rakaat. Kenapa kitani melakukan 20 rakaat sekarang. Bukankah ani bidaah kerana inda dibuat oleh Nabi. Kisahnya macam ani pula. Apabila Saidina Umar melihat kaum muslimin solat terawih tapi inda dalam satu tempat (bertaburan), beliau melihat perkara atu nampak inda bagus. Lalu diperintahkannya supaya umat muslimin solat terawih berjemaah di Masjid dan dibuat sebanyak 20 rakaat. Beliau berkata "ini adalah bidaah yang baik". Bagi aku sendiri aku lebih suka solat terawih sebanyak 8 rakaat kerana untuk mendapatkan 2 pahala sunat iaitu pahala sunat terawih dan pahala kerana mengikut sunnah nabi. Talkin ani hukumnya sunat mengikut sepakat ulama. Ceritanya ada disini . Mengenai dengan kenduri arwah atu sebenarnya niat tuan rumah adalah untuk menghadiahkan pahala bersedekah jamuan makanan atu untuk simati supaya dapat rahmat Allah. Ani pun sunat kata Ibnu Hajar. Dalilnya ialah hadis yang bermaksud "Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ya, bersedekahlah untuknya". (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Tapi yang inda lurusnya orang kitani menetapkan hari ke 7, 40 hari dan sebagainya. Ianya sunat dilakukan pada bila-bila masa.
This explanation is more clearer:
PERSOALAN BIDAAH
Bidaah ialah sesuatu amalan yang tidak berlaku semasa Rasulullah s.a.w. Bidaah ada dua iaitu bidaah hasanah (baik) dan bidaah dholalah (sesat atau jahat). Kesimpulannya ialah haram mengada-ngadakan sesuatu amalan yang menyesatkan, membawa kejahatan, merugikan atau mencampakkan kita ke dalam kebinasaan. Sebaliknya mengada-ngadakan sesuatu amalan yang baik, menguntungkan, membawa ke jalan yang benar adalah diharuskan dengan syarat tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadis. Dalam erti kata lain, berpandukan kepada al-Qur’an dan sunah nabi. Contohnya ialah institusi kewangan misalnya Bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan sebagainya tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. tetapi wujud pada zaman sekarang. Ternyata institusi seperti ini membantu memajukan umat Islam. Jadi usaha para pelatih dan staf akademik yang beragama Islam di maktab bersama-sama mengadakan majlis membaca Yassin dan tahlil khusus buat arwah kakak Si Rakan itu adalah satu usaha yang baik--pada saya termasuk dalam bidaah hasanah.
Memang betul ada hadis nabi yang bermaksud "Apabila mati anak Adam maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga iaitu “ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah (berkekalan atau berpanjangan) dan anak soleh yang mendoakannya". Bacaan Yasin dan tahlil yang telah dibacakan untuk arwah itu boleh juga dimasukkan ke dalam kategori anak soleh yang mendoakannya. Pandangan saya ialah anak yang soleh bukan bermakna anak kandung sahaja, barangkali anak murid, anak tiri, anak susuan atau anak angkat dan sebagainya.
Satu perkara lagi ialah saya teringat maksud hadis nabi "...subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah dan Allahu Akbar boleh memenuhi/menjadi berat mizan (timbangan) kebaikan di hari akhirat".
Satu perkara lagi ialah maksud ayat al-Qur’an "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara". Salah satu daripada sumbangan yang dapat diberikan kepada saudara yang telah mati ialah mendoakan si mati. Jadi selepas membaca Yasin dan tahlil selalunya diikuti dengan doa untuk arwah yang tertentu. Sebab itu, saya katakan bacaan Yasin dan tahlil membawa kebaikan kepada si mati dan juga kepada yang masih hidup terutamanya sesiapa sahaja yang berada di dalam majlis tahlil dan membaca Yasin itu. Hadis nabi yang lain bermaksud "doa adalah otak ibadah". Keduanya ialah "doa senjata orang-orang mukmin". Jadi banyak-banyaklah berdoa—insya-Allah dimakbulkan.
Itu sahajalah jawapan saya. Sekiranya bertentangan dengan ilmu Allah saya minta ampun kepada Allah. Saya harap saya dapat menjawab soalan yang telah dikemukakan. Sekiranya tidak terjawab, saya mohon saudara-saudara saya yang seagama dengan saya menambah. Saya bukanlah terbaik antara kalian dan dalam keadaan masih mencari ilmu Allah yang banyaknya tanpa batas. Kalau saya salah sila betulkan saya. Kalau ada soalan ekor, silakan.
Wassalam.
More from another site
Jawapan Ustaz Ali Muda
Assalamualaikum saudara,
Syabas di atas keprihatinan saudara terhadap persoalan agama ini. Permintaan saudara supaya saya senaraikan seberapa banyak yang mungkin amalan bid`ah yang diamalkan oleh orang Melayu tidak dapatlah saya tunaikan di sini.
Sebenarnya persoalan bid`ah ini telah dibahaskan terlalu lama oleh ulama Islam dan mereka ada perselisihan tentang beberapa perkara, mana satu hasanah dan mana satu yang dhalalah. Secara pasti, semua perkara keagamaan yang tidak ada nas dalam al-Quran atau hadis sahih adalah bid`ah. Tetapi kita dapati ada sahabat besar r.a. yang telah melakukan beberapa perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat, tetapi tidak dinaskan oleh Nabi s.a.w. Kita mesti ingat bahawa para sahabat r.a. adalah orang yang paling faham terhadap pengajaran Nabi s.a.w. Oleh kerana itu saya berpendapat bahawa hadis sahih yang mengatakan "semua bid`ah itu adalah sesat dan semua yang sesat itu akan ke neraka" adalah hadis yang perlu kepada takwilan dan tafsiran ulama yang mursyid lagi sederhana.
Namun ini tidak bermakna saya bersetuju dengan semua amalan orang melayu yang tiada nas seperti solat fidyah, solat hadiah, solat nisfu sya`ban dan macam-macam solat yang tiada kena mengena dengan solat Nabi s.a.w. Saya berpendapat dalam ibadat khusus seperti solat, zakat, haji, tidak boleh langsung ada bid`ah kerana ia merupakan `ibadah mahdhah (ibadat kepada Allah semata-mata). Berbeza dengan ibadat2 yang ada kaitan dengan kemaslahatan umat Islam seperti pengumpulan al-Quran, membesarkan masjid, tahlil dan seumpamanya.
Walau bagaimanapun, umat Islam sudah boleh menjadi umat yang terbaik dengan hanya mengikuti apa yang Nabi s.a.w. lakukan menurut nas al-Quran dan hadis sahih. Kalau tidak tambah amalan2 bid`ah pun, umat Islam tak akan rugi, bahkan lebih terjamin keasliannya seperti keaslian generasi yang pertama (para sahabat r.a.).
Tetapi untuk mengata sesuatu amalan itu bid`ah yang perlu dicegah dalam masyarakat, memerlukan kepada fiqh yang mendalam. Saya tidak sokong 100% golongan tua yang suka mempertahankan sesuatu yang kadang2 tiada nas langsung dalam Islam. Saya juga tidak bersetuju dengan golongan muda yang dikenali oleh sesetengah orang sebagi Wahabi atau Salafi yang ghairah menentang dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat berkenaan semua perkara bid`ah. Perkara kecil diperdebatkan secara besar-besaran sehingga memakan masa bertahun-tahun. Sebabnya, kedua-dua pihak yang bertelagah itu tidak sedikit pun menguntungkan umat Islam. Masa habis dengan serang menyerang antara satu sama lain, kadang2 dengan kata2 yang amat kesat.
Saya berpendapat umat Islam khususnya orang Melayu, perlu mengambil jalan sederhana. Tinggalkan terus larangan2 Nabi s.a.w. Ibadat khusus jangan ditambah-tambah sesuka hati dengan sangkaan ianya ibadat kepada Allah. Amalan2 yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat secara umumnya seperti tahlil, zikir munajat, talqin dan seumpamanya boleh diamalkan bagi yang hendak mengamalkannya. Pihak yang tidak mahu mengamalkannya tidak perlu mencegah kerana ia bukanlah sesuatu yang mungkar dan jangan sekali-kali buat kecoh dalam masyarakat. Orang yang tak mahu buat, diam sahajalah. Kita perlukan 'fiqh inkar al-munkar' (kefahaman tentang tatacara pencegahan mungkar), iaitu hendaklah perkara yang disepakati oleh seluruh ulama Islam sebagi satu kemungkaran dan maksiat sahaja yang wajib dicegah. Apatah lagi, syarat pencegahan suatu perkara yang disepakati sebagi mungkar pun, dikehendaki tidak membawa kepada mungkar yang lebih besar. Saya dapati pencegahan perkara yang dikatakan bid`ah oleh sesetengah pihak ( iaitu perkara yang tidak disepakati sebagai mungkar) boleh menimbulkan mungkar yang lebih besar iaitu perpecahan dan tuduh menuduh dalam masyarakat. Ini bukan kehendak Islam.
Ketahuilah, bahawa apa yang dicegah oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (pengasas fahaman Wahabi) adalah perkara yang terang2 bid`ah seperti bermunajat atau tawassul di kubur2 yang dipercayai keramat, di batu2 besar, kerana perkara itu boleh mendatangkan syirik. Pihak yang suka buat perkara2 yang tak ada nas pula, janganlah terlalu membuka pintu yang luas kepada perkara2 itu, kerana lama kelamaan boleh membawa kepada kesesatan yang tidak diakui oleh Nabi s.a.w. Cukuplah berpada dengan apa yang Nabi s.a.w. tinggalkan, kita akan selamat.
Sekian jawapan saya, waLlahu a`lam bis sawaab.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home